Train and Place Scheme (TPS)

Skim latihan dan penempatan yang dianjurkan oleh kementerian sumber manusia (KSMB) malaysia. Khas untuk lepasan IPTA/S, penganggur, pesara dan belia yang berminat

Skim Latih dan Tempat

KSMM menyediakan Program Train & Place secara PERCUMA kepada pekerja yang diberhentikan, siswazah menganggur dan golongan belia. Berikut ialah surat pekeliling KSMM mengenai Program Train & Place yang disediakan. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
PROGRAM TRAIN AND PLACE SECARA PERCUMA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengikuti Program Train and Place yang dilaksanakan bagi mempertingkat dan menjamin peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia. Syarat dan Kelayakan

1. Program ini terbuka kepada :
i. Pekerja yang diberhentikan
ii. Siswazah menganggur
iii. Belia Mengganggur.

2. Pemohon perlu terlebih dahulu berdaftar dengan portal JobsMalaysia di

http://www.jobsmalaysiia.gov.my/ Tempoh Latihan
Latihan akan dijalankan pusat latihan yang dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia bagi tempoh 1 hingga 6 bulan.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang disediakan seperti dilampirkan atau secara on-line melalui portal
http://www.jobsmalaysia.gov.my/ Yuran Latihan / Elaun Sara Diri
1. Yuran latihan adalah ditanggung oleh Kementerian Sumber Manusia.
2. Pelatih akan diberikan elaun sara diri minima RM 500.00 sebulan hingga rm800.

Alamat
Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke
alamat berikut :

Ibu Pejabat
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Aras 5, Blok D3, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA.


Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui talian 03-88889111 (Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan)