Sikap pilih kerja punca 400,000 belia menganggur
KUALA LUMPUR 6 April - Sikap rakyat tempatan yang tidak mahu bekerja dalam persekitaran kotor merupakan antara sebab utama kira-kira 400,000 belia menganggur dan keko songan itu direbut oleh warga asing.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, sikap memilih be lia tempatan itu menyebabkan mereka sukar mencari pekerjaan dan mendorong pertambahan jumlah warga asing di ne gara ini.
''Gaji yang berpatutan dibayar kepada pekerja tempatan berbanding pekerja asing, namun mereka hanya bertahan sehingga dua atau tiga minggu dalam perkhidmatan seperti hospitaliti, pelancongan dan penyediaan serta penjualan makanan.
''Peluang pekerjaan yang terdapat dalam sektor ini tidak dihargai oleh belia tempatan dan mereka rela menjadi penganggur sehingga mendapat kerjaya yang diminati," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Dr. Subramaniam mendedahkan mengenai kira-kira 400,000 rakyat tempatan menganggur kerana tidak mahu bekerja dalam sektor yang menjadi tumpuan warga asing.
Tambahnya, latihan kemahiran yang dicadangkan oleh kementeriannya diharap dapat membantu mengubah fikiran dan sikap warga tempatan untuk terus berkhidmat dalam industri seperti ini.
''Tidak ada cara terbaik selain latihan kemahiran untuk mengubah fikiran para belia, sedangkan gaji yang dibayar dalam sektor tersebut adalah berpatutan.
''Gaji tidak menjadi masalah tetapi sikap rakyat tempatan yang tidak bersedia untuk bekerja keras seperti warga asing menyebabkan masalah pengangguran dan pertambahan warga asing di negara ini," tegasnya.
Katanya, jika rakyat tempatan tidak bersedia untuk berkhidmat dalam sektor berkenaan maka warga asing terpaksa dibawa ke negara ini bagi mengisi kekosongan itu.
kategory :Sikap pilih kerja punca 400,000 belia menganggur
About Me
- Train and place
- Trainer Lecturer Designer. Sila Add sebagai kawan di facebook kami.
Jaringan TPS
Kementerian Sumber Manusia Malaysia
www.mohr.gov.my
TPS on Youtube
http://www.youtube.com/user/trainandplace
Job Malaysia
www.jobsmalaysia.gov.my/
www.mohr.gov.my
TPS on Youtube
http://www.youtube.com/user/trainandplace
Job Malaysia
www.jobsmalaysia.gov.my/
Blogroll
Link
- pengangguran (4)
- join train and place (3)
- karnival pekerjaan (3)
- peluang pekerjaan (3)
- karnival kerjaya (2)
- permohonan online (2)
- temuduga terbuka (2)
- IKBN (1)
- apa itu tps (1)
- contoh surat permohonan jawatan (1)
- indian jobs (1)
- jururawat (1)
- kementerian pendidikan (1)
- kursus jangka pendek (1)
- latihan separa perubatan (1)
- learning technique (1)
- result peperiksaan (1)
- resume (1)
Join Discussion
Download Borang Train and Place Scheme Disini
Lihat, Download dan Print untuk rujukan anda
Disini
Tawaran
Diusahakan oleh
Train and place
Wednesday, March 30, 2011
comments (0)
Labels:
karnival pekerjaan,
pengangguran
Diusahakan oleh
Train and place
Saturday, March 26, 2011
Oleh S.A Najmuddin
KUALA LUMPUR, 25 Mac - Lebih 40,000 peluang kerjaya daripada 650 syarikat dan organisasi pelbagai sektor dijanjikan pada Karnival Kerja Pemuda Barisan Nasional (BN) yang bakal berlangsung mulai esok sehingga Ahad ini.
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata karnival itu diharap dapat menangani masalah ketidakpastian soal kerjaya di kalangan golongan muda terutamanya di Lembah Klang dan sekaligus mengurangkan masalah pengangguran.
Beliau berkata pelbagai aktiviti nilai tambah akan diadakan pada carnival tersebut termasuk klinik resume, sudut latihan industri, bicara kerjaya dan sesi latihan serta sudut pemantapan kemahiran.
Ia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok, katanya kepada pemberita pada majlis jelajah media dan makan tengah hari sempena karnival tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Khairy berkata antara syarikat dan organisasi yang mengambil bahagian adalah Malaysia Airlines (MAS), AirAsia, Naza, Proton, Iskandar Malaysia, Mydin, Tabung Haji, Celcom, Telekom Malaysia, Bursa Malaysia dan Uda Holdings.
"Ini merupakan sebuah karnival kerjaya terbesar yang pernah diadakan dengan jumlah penyertaan syarikat dan organisasi yang paling banyak. Kita harap generasi muda dapat memanfaatkan karnival ini untuk mencari pekerjaan atau menyesuaikan diri dengan keperluan majikan di negara ini," katanya.
Beliau berkata walaupun diadakan di Kuala Lumpur, generasi muda masih boleh menyertainya melalui pendaftaran dalam talian di www.bnyouthjobfair.com.
"Pemuda akan cuba pastikan mereka dari luar Kuala Lumpur dapat menyertai temuduga yang dijalankan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian," katanya.
Khairy turut menafikan penganjuran karnival itu bermotifkan politik dan menyifatkannya sebagai satu tanggungjawab sosial.
"Ini susulan kepada Makmal Belia BN tahun lepas. Bukan semua benda politik. Kita perlu penjenamaan untuk generasi muda. Kita konsisten untuk bantu mereka tidak kira latar belakang. Kalau ada kesan politik, alhamdulillah," katanya.
Karnival itu berlangsung di Dewan Tun Razak I, PWTC mulai pukul 10 pagi hingga 8 malam.
Labels:
karnival pekerjaan,
temuduga terbuka
Diusahakan oleh
Train and place
Thursday, March 24, 2011
contoh surat permohonan jawatan
XYZ Company
87 Delaware Road
Hatfield, CA 08065
(909) 555-5555
george.gillhooley@email.com
Date
Dear Mr. Gilhooley,
I am writing to apply for the programmer position advertised in the Times Union. As requested, I am enclosing a completed job application, my certification, my resume and three references.
The opportunity presented in this listing is very interesting, and I believe that my strong technical experience and education will make me a very competitive candidate for this position. The key strengths that I possess for success in this position include:
* I have successfully designed, developed, and supported live use applications
* I strive for continued excellence
* I provide exceptional contributions to customer service for all customers
With a BS degree in Computer Programming, I have a full understanding of the full life cycle of a software development project. I also have experience in learning and excelling at new technologies as needed.
Please see my resume for additional information on my experience.
I can be reached anytime via email at george.gillhooley@email.com or my cell phone, 909-555-5555.
Thank you for your time and consideration. I look forward to speaking with you about this employment opportunity.
Sincerely,
FirstName LastName
diatas adalah contoh surat permohonan jawatan, anda boleh menggunakan bahawa inggeris ataupun bahasa malaysia mengikut spesifikasi syarikat atau organisasi yang anda pohon.
semoga membantu dan berjaya.rujuk cara menulis resume di sini
Labels:
contoh surat permohonan jawatan
Subscribe to:
Posts (Atom)