Train and Place Scheme (TPS)

Skim latihan dan penempatan yang dianjurkan oleh kementerian sumber manusia (KSMB) malaysia. Khas untuk lepasan IPTA/S, penganggur, pesara dan belia yang berminat

Kursus Jangka Pendek Institut Kemahiran Belia Negara IKBN.

Kepada belia yang berminat untuk mengikuti Kursus Jangka Pendek di Institut Kemahiran Belia Negara boleh la menghubungi pejabat IKBN di Kinarut, Sabah untuk keterangan lanjut.

Kursus Jangka Pendek ini sentiasa diadakan dan oleh itu belia boleh la menghubungi pihak mereka untuk bertanyakan sessi pengambilan yang terbaru.

Berikut adalah antara kursus jangka pendek yang ada ditawarkan oleh IKBN buat masa ini.

1. Penyegerakkan Janakuasa Dan Janakuasa Tunggusedia

Kumpulan sasaran adalah pemegang Kekompetanan A1 yang ingin menduduki peperiksaan Kekompetenan A4 dengan pihak Suruhanjaya Tenaga.

90% kandungan kursus adalah praktikal dan bersesuaian dengan kehendak peperiksaan Kekompetanan A4.

Latihan amali yang diberikan adalah sepertimana dengan peperiksaan kekompetenan suruhanjaya tenaga.

Tempoh masa kursus : 40 jam

Kursus ditawarkan pada hari: Sabtu & Ahad

Yuran kursus : RM1,300.00

2. Asas Litar Kawalan Motor 1 Fasa dan 3 Fasa

Perserta akan didedahkan dengan teori, peralatan kawalan motor dan amali pendawaian motor

Kursus ini sesuai untuk perserta yang masih baru dan ingin mengenali dengan lebih dekat peralatan dan kawalan motor elektrik.

Kursus ini juga sesuai untuk latihan persediaan untuk menduduki peperiksaan amali kawalan motor AO/A1/PW4 yang dikelolakan oleh Suruhanjaya tenaga.

Tempoh masa kursus : 40 Jam (Teori & Amali)

Kursus ditawarkan pada hari : Sabtu & Ahad

Yuran kursus : RM500.00

3. Kursus Kendalian Papan Suis Utama Voltan Rendah

Perserta akan didedahkan dengan teori, peralatan papan suis dan amali kendalian serta kaedah pengawalan pensuisan papan suis.

Kursus ini bersesuaian untuk peserta yang telah berkerja dengan persekitaran atau tugasan penjaga elektrik di industri.

Persediaan dan peluang menduduki peperiksaan kekompetenan penjaga jentera elektrik AO/A1 yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Tenaga

Tempoh Masa Kursus : 16 Jam

Kursus ditawarkan pada hari: Sabtu & Ahad

Yuran kursus : RM250.00

Download borang disini

atau boleh menelefon mereka dahulu NO TELEFON IKBN KINARUT - 088755929

How to learn effectively.

Some Learning Principles that help you success:

1. You can learn anything if you have a goal that requires it. This implies that you must connect what you are learning to your personal goals in a credible way. Trying to learn because of some second-order benefit (getting a credit or a credential) will seem very difficult.

2. Learning how to learn is the core skill. This is probably the one skill that was never explicitly mentioned in all the years that you've spent in school. But it's the one where there's the most reward for the smallest investment.

3. Anyone can learn faster by structuring the information. This is another one of those common trade-offs - getting right into it can feel satisfying, but taking some time to organise can increase effectiveness, even if it doesn't feel so satisfying in the short term.

4. Intelligence is not fixed. You probably know that the idea of a single monolithic thing called 'intelligence' is in disfavour right now (see Martin Gardner's work). There seems to be some evidence that what we might intuitively think of as intelligence (e.g. the ability to get things done cognitively) can be increased by several kinds of mental activity.

5. Learning more means earning more. Those who learn more, and do it continually over their lifetimes, do much better in whatever career they have chosen.

6. Knowledge and skills overcome obstacles. Improving both are survival skills no matter what your situation.

7. Everything to which you were paying attention, either consciously or unconsciously, will be remembered permanently. What seems to get lost is a way to access these memories. So effective learning requires you to be there, in the moment, and to make the things you learn memorable, i.e. easy to access. Anything that makes what you are learning different helps to make it memorable. So does the emotional content you associate with the material.

“Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow. The important thing is not to stop questioning.”

“The true sign of intelligence is not knowledge but imagination.”

“We can't solve problems by using the same kind of thinking we used when we created them.”-Albert Einstein

KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
AMBILAN KHAS BAGI LULUSAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC)
DAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU)


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU



KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
AMBILAN KHAS BAGI LULUSAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC)
DAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU)

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan UEC dan SMA atau SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program seperti di bawah :

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :
. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)

1.SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
1.1 Warganegara Malaysia.
1.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.
1.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
1.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
1.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.

2.SYARAT TAMBAHAN
2.1 Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)
2.1.1 Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat Sijil Senior Level (UEC-SML).
2.2 Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)
2.2.1 Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat SMA atau SMU.

3. PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
3.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Bahasa Cina Pendidikan Rendah
3.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
3.1.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas (18) bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.1.3 Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.1.4 Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan lulus dengan jayanya dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:
i. Bahasa Melayu Komunikasi;
ii. Sejarah; dan
iii. Pendidikan Moral.

3.2 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
3.2.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
3.2.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas (18) bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.2.3 Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.2.4 Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan lulus dengan jayanya dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:
i. Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah;
ii. Sejarah; dan
iii. Pendidikan Syariah Islamiah.

4. CARA MEMOHON
4.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 04 April 2011.
4.2 Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
4.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
4.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
4.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
4.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 APRIL 2011

6. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
No. Telefon : 03-88841260/1254/1253/1371/1235

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
No Telefon : 088 236804

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
No Telefon : 082 258045

Latihan Separa Perubatan 2011

Kementerian Kesihatan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia lepasan SPM untuk mengikuti program latihan bertaraf diploma berikut:

Latihan Juru X-Ray
Latihan Jururawat
Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
Latihan Penolong Pegawai Farmasi
Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
Latihan Juruteknologi Pergigian
Latihan Jururawat Pergigian (Perempuan Sahaja)

Kepada yang telah membuat permohonan sebelum ini dalam apa-apa jawatan boleh semak status pendaftaran anda di sini


Jawatan berkaitan:

SESI TEMU DUGA:LATIHAN JURURAWAT MASYARAKAT (CALON SARAWAK)
[ Tarikh temu duga: 04 April 2011 - 12 April 2011 ]
klik link berikut

Permohonan secara online bagi Kursus Sijil Pertanian Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM) 2011/2012 sedang diiklankan. Permohonan online IPSM kali ini secara atas talian di www.doa.gov.my.

Jabatan Pertanian melaksanakan Permohonan secara online bagi kursus Sijil Pertanian di Institut Pertanian melalui link di atas bermula 3 April 2011 sehingga 2 Mei 2011

Permohonan Online Sijil Pertanian Institut Pertanian boleh dirujuk di http://www.doa.gov.my/web/guest/pengumuman

sila ke laman web tersebut sekerap mungkin untuk mengetahui iklan terbaru dan sekiranya anda minat kerjaya dalam bidang pertanian.

selamat mencuba dan suksess selalu


Memilih Kerja, bersedia menghadapi temuduga

Generasi muda jangan terlalu memilih, berusaha cari pengalaman

KERJAYA dengan gaji yang tinggi dan berstatus tetap adalah idaman setiap orang, khususnya kepada golongan muda lepasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Namun tidak selalunya impian kita menjadi nyata dan tidak berlaku seperti yang telah dirangka oleh kita.

Hakikat sebenar alam pekerjaan kini adalah terlalu sukar untuk diterjemahkan dan bukan saja di negara kita malah di seluruh dunia sedang mengalami masalah mencari kerja dan sistem pekerjaan yang semakin berubah.
Antara faktor yang selalu memeningkan kepala mereka yang sedang mencari kerja adalah persaingan mengisi jawatan kosong itu berserta pelbagai keperluan berkaitan dengannya, termasuk temu duga. Malangnya, bilangan graduan itu tidak setimpal dengan jumlah jawatan kosong.

Bayangkan setiap tahun negara kita mengeluarkan hampir 200,000 graduan berbanding kekosongan jawatan yang belum tentu akan ada. Mereka akan bersaing sesama sendiri untuk membuktikan siapakah yang terbaik mampu mengisi kekosongan tersebut.

Ini belum termasuk mereka yang bukan lepasan IPT dan mereka sudah berhenti kerja dan mencari kerja baru. Tentu memeningkan kerana terlalu banyak persaingan dan sebagai majikan sudah tentu mereka mahukan yang terbaik sebagai pekerja mereka.

Selain itu senario alam pekerjaan juga sudah berbeza yang mana kini kebanyakan majikan menawarkan pekerjaan berdasarkan komisen dan keuntungan bukan lagi gaji tetap dengan pelbagai imbuhan menarik seperti dulu.
Jika diteliti, ini satu kebaikan kepada golongan muda kerana ia secara tidak langsung membantu mereka lebih berusaha dan berkomunikasi dengan baik. Namun, tidak semua yang menyukai konsep pekerjaan sebegini.

INFO: Panduan persediaan menuju alam pekerjaan

1) Kenali potensi diri dengan mengenal pasti apa kelemahan dan apa kekuatan anda.

2) Sediakan diri anda secukupnya dan ketahui temu duga anda menerusi pendekatan yang berbeza dari sudut biografi, bakat, sikap dan situasi kerja.

3) Ketahui dan buat sedikit ulangkaji status temu duga itu dijalankan.

4) Ingatkan pengalaman adalah guru yang terbaik dan majikan lebih mengutamakan mereka yang berpengalaman.


Mereka yang tidak banyak memilih dan bersedia berdepan kemungkinan itu, cerahlah peluang bergelar pekerja. Tetapi berapa ramai yang sedemikian? Hakikatnya golongan muda terlalu memilih dan mahukan pekerjaan dengan gaji yang tinggi dan terjamin.

Menurut Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung, Rahmat Ismail, golongan muda tidak seharusnya memilih pekerjaan yang ditawarkan kepada mereka dan ambil sebagai pengalaman kerja.

Beliau berkata, mereka perlu membuka minda dan menerima kerjaya yang ditawarkan walaupun tidak seperti yang diidamkan dan jika mereka menolak untuk menerima ini adalah satu kerugian kepada mereka.

“Kebanyakan majikan memerlukan pengalaman kerja untuk jawatan yang menjadi idaman. Jika mereka baru keluar IPT dan mengharapkan kerja dengan gaji yang lumayan itu umpama sesuatu yang mustahil.

“Tapi jika mereka ada pengalaman kerja sebelum ini ataupun semasa di IPT mereka aktif dalam persatuan dan kerja kebajikan, saya percaya mereka akan dipertimbangkan untuk jawatan tersebut,” katanya kepada XY-Ikon Lelaki.
Beliau menyarankan graduan perlu aktif dan berusaha untuk mengumpul pengalaman dan membina keyakinan diri dalam berkomunikasi dan menguasai bahasa lain sebagai persedian menghadapi alam pekerjaan.

Apa kata mereka...

Noor Aishah Hamzah, 25

BAGI gadis ini, pengalaman mencari kerja sudah mematangkannya. Dan, kerana terlalu sukar mendapatkan pekerjaan membuatkan gadis ini mengambil keputusan untuk menyambung semula pelajarannya di IPT.

“Susah sangat dapat kerja dan kalau dapat pun gaji terlalu rendah... Macam mana nak hidup dalam kota besar dengan gaji sebegitu. Selain itu saya pernah kerja biasa saja kerana terlalu kecewa dengan sikap majikan yang sangat memilih.

“Saya sangat terasa hati dan sedih apabila kebanyakan majikan melihat kepada luaran semata-mata tanpa memberi peluang sebenar untuk saya membuktikan kemampuan saya dalam melaksanakan tugas,” katanya.

Dua tahun Aishah mencari pekerjaan dan hampir semua syarikat dikunjunginya dalam usaha mendapatkan pekerjaan namun hampa. Walaupun begitu gadis ini tidak mudah putus semangat dan tetap berusaha mendapatkan pekerjaan yang sebenar setaraf dengan kelayakannya.

Persiapan sebelum temu duga
# Buat kajian mengenai syarikat, perniagaan dan pekerjaan yang dipohon selain mengetahui serba sedikit mengenai perkembangan semasa dalam industri perniagaan.
# Berlatih untuk menjawab dengan jawapan yang sesuai.
# Semak kembali ‘resume’ anda.
# Buat pengesahan tempat, masa dan tarikh temu duga.
# Penampilan diri yang sesuai.
# Yakin dengan diri anda.
# Berkomunikasi dengan baik.
# Berdikari dan boleh dipercayai.
# Tepati masa.
# Belajar mengutamakan perkara yang penting.
# Menunjukkan inisiatif yang tinggi.
# Bersemangat dalam melaksanakan tugas.
# Pemikiran kreatif dan kritis.
# Terbuka menerima kritikan.
# Ubah Perasaan ‘Panik’ untuk temu duga kepada ‘Seronok’ untuk datang ke temu duga mulai sekarang.

Ariff Ghani, 26

Walaupun agak mudah mencari kerja berbanding rakannya, jejaka ini menyifatkan bukan nasib tetapi sikap cerewet yang menjadi faktor penolak bagi rakan-rakannya bertemu rezeki.

“Saya antara yang bernasib baik kerana selepas tamat pengajian di IPT saya mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan. Tapi biasalah, sebelum itu saya juga terpaksa bekerja biasa sekadar mencari pengalaman.

“Kasihan juga apabila melihat ada antara rakan yang hingga kini tidak mendapat pekerjaan sesuai dan ada juga yang terus menganggur. Kebanyakan mereka terlalu memilih dan tidak mahu berkorban sedikit untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya.

Ariff juga menyatakan dalam mencari pekerjaan, individu itu harus lebih berani untuk lebih terampil dan berani mencuba kerana jika masih berada di takuk yang lama dan hanya selesa dengan apa yang mereka dan rakan-rakan peroleh, ia tidak mampu membakar semangat untuk meraih kejayaan.

Selamat berkerjaya daripada kami, Add facebook kami

sumber:Berita harian Online

Sikap pilih kerja punca 400,000 belia menganggur



KUALA LUMPUR 6 April - Sikap rakyat tempatan yang tidak mahu bekerja dalam persekitaran kotor merupakan antara sebab utama kira-kira 400,000 belia menganggur dan keko songan itu direbut oleh warga asing.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, sikap memilih be lia tempatan itu menyebabkan mereka sukar mencari pekerjaan dan mendorong pertambahan jumlah warga asing di ne gara ini.

''Gaji yang berpatutan dibayar kepada pekerja tempatan berbanding pekerja asing, namun mereka hanya bertahan sehingga dua atau tiga minggu dalam perkhidmatan seperti hospitaliti, pelancongan dan penyediaan serta penjualan makanan.

''Peluang pekerjaan yang terdapat dalam sektor ini tidak dihargai oleh belia tempatan dan mereka rela menjadi penganggur sehingga mendapat kerjaya yang diminati," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Dr. Subramaniam mendedahkan mengenai kira-kira 400,000 rakyat tempatan menganggur kerana tidak mahu bekerja dalam sektor yang menjadi tumpuan warga asing.

Tambahnya, latihan kemahiran yang dicadangkan oleh kementeriannya diharap dapat membantu mengubah fikiran dan sikap warga tempatan untuk terus berkhidmat dalam industri seperti ini.

''Tidak ada cara terbaik selain latihan kemahiran untuk mengubah fikiran para belia, sedangkan gaji yang dibayar dalam sektor tersebut adalah berpatutan.

''Gaji tidak menjadi masalah tetapi sikap rakyat tempatan yang tidak bersedia untuk bekerja keras seperti warga asing menyebabkan masalah pengangguran dan pertambahan warga asing di negara ini," tegasnya.

Katanya, jika rakyat tempatan tidak bersedia untuk berkhidmat dalam sektor berkenaan maka warga asing terpaksa dibawa ke negara ini bagi mengisi kekosongan itu.

kategory :Sikap pilih kerja punca 400,000 belia menganggur